Memulakan bisnes : MOU Suami, Isteri, Anak-anak dan Keluarga.

Alhamdulillah. Hari ini, minda saya ligat berfikir dalam bahasa Melayu. Sudah lama saya berazam untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu. Cara yang baik ialah melalui ruang sebegini.
Kali ini, saya ingin berkongsi tentang apa yang telah saya lalui sebelum saya membuat keputusan besar dalam hidup saya.
Asasnya, saya telah membuat keputusan untuk memiliki sebuah sekolah. Tanpa sedar saya sebenarnya telah membuat keputusan untuk menjadi orang berniaga. Berniaga, bermaksud anda orang yang terakhir untuk menerima gaji. Itupun jika wang mencukupi.Berniaga, bermaksud anda adalah orang yang perlu bertanggungjawab 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

Berniaga, bermaksud anda akan dibenci dan disukai.

Berniaga, bermaksud anda mengambil tanggungjawab tambahan yang amat besar.
Berniaga, bermaksud anda menyahut cabaran negara!

Continue reading “Memulakan bisnes : MOU Suami, Isteri, Anak-anak dan Keluarga.”

Setiap anak cabarannya berbeza.

“Wah! tentu anak-anak Min pun bijak kan? Senang, boleh ajar sendiri.”

“Awak lain lah. Anak boleh hantar ke sekolah sendiri.”
Tersebut adalah antara beberapa komen biasa yang diberikan oleh rakan saya. Maklumlah, semua beranggapan yang saya pasti boleh mengajar anak sendiri sebagaimana saya boleh mengajar anak orang lain.
Baiklah. Mari saya kongsikan hakikat sebenar, cabaran seorang yang bergelar ibu apabila mengajar anak sendiri, terutamanya di dalam kelas atau di sekolahnya.

1. Apabila anak sendiri di dalam sekolah

Ramai guru yang mempunyai anak di sekolah atau di dalam kelasnya, akan cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan perbezaan layanan yang ketara. Seboleh-bolehnya mereka tidak mahu murid lain tahu bahawa anak beliau berada di dalam kelas tersebut.

Keadaan ini tanpa sedar menjadikan ibu itu melayan anaknya sendiri lebih kasar dan adakalanya melampau.

Continue reading “Setiap anak cabarannya berbeza.”