Abah dan Emak, Umrah dan Haji.

Assalamualaikum semua.


Baru-baru ini, saya berkesampatan menghantar mak, abah saya serta makcik, pakcik dan nenek yang pergi mengerjakan umrah.


Pada masa itu, jelas terlihat kegembiraan abah. Emak juga nampak gembira cuma nampak sentiasa memikir. Maklumlah, abah sebelum pergi sudah dikejarkan ke hospital untuk ambil ubat. Abah memang bersemangat. Walaupun mengadu agak sakit, berjalan di KLIA itu laju sungguh!


Oleh kerana saya tidak mempunyai gambar yang baik untuk dikongsi, saya kongsikan gambar ini, yang diambil oleh kakak sulung saya Nor Samsiah sebelum mak dan abah bertolak dari kampung, Parit 21, Hutan Melintang.

Abah dan Kakak.

Continue reading “Abah dan Emak, Umrah dan Haji.”

TEKA-TEKI: Apa yang tersusun, tapi tidak rapi?

Ini jawapannya: “Tersusun, tapi tidak rapi.”
‘Post’ kali ini saya dahulukan dengan gambar baju sekolah anak yang ‘tersusuan, tapi tidak rapi’. 🙂
 
Baik, sebagai seorang yang bergelar ibu, antara isu utama harian selain daripada makanan adalah pakaian. Maklumlah, sehari sahaja minima 2 keping pakaian pasti kotor kan?
 
Bayangkan jika seperti saya yang perlu mengendali pakaian untuk seorang anak bujang (form 2), 3 orang anak perempuan yang bersekolah darjah 3, 1 dan tadika (6 tahun). Manakala 2 orang lagi perlu persiapan baju biasa untuk berada di taska sepanjang hari.

Anak saya SUKA MAIN. Anak awak suka atau tidak?

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu kawan-kawan.Oh, kali ini saya teringat tentang seorang rakan saya yang menyatakan bahawa anak beliau sangat suka bermain.Saya kira anak saya bukan sahaja suka bermain, malah SANGAT SUKA bermain. Ini adalah anak saya yang ke-4. (Yang ke-5 berumur 9 bulan, masih baru belajar berdiri-jatuh.)

Muhammad Ishaq bin Bahaman (4 tahun), sangat SUKA bermain! Saya minta Ishaq menyebut ayat mudah bermula dengan “Saya suka main”, sambil memegang ‘hand puppet’. Dapatlah juga saya mengajar sedikit pelajaran hari ini. 😀

Apa apa pada ‘blogger’?

Wah, saya ditanya oleh seseorang.Kenapa awak suka tulis dalam blog?
Bila awak tulis?
Macam mana awak ada masa?
Bukannya ramai yang baca blog awak. Awak tak kisah?(*_*) Saya senyum dahulu sebelum terus menulis. Lagipun saya bukanlah seorang ‘otai blogger’.

 

Saya bersama anak yang ke 2,3 dan 4.

Saya tidak pandai dalam semua bidang termasuklah ‘internet marketing’. Saya belajar menulis blog pada tahun 2008 dengan menghadiri kelas berbayar sebanyak RM50 yang dikendalikan oleh 3 orang anak muda berbangsa cina yang bergiat dalam dunia ‘internet marketing’. Saya masih ingat hingga ke hari ini.

Continue reading “Apa apa pada ‘blogger’?”

Saya sayang mak…dan abah!

Ramai yang fikir bahawa saya datang dari keluarga yang senang dan berpelajaran. Alhamdulillah, walaupun saya bukan dari keluarga yang berada, saya kira mak dan abah saya adalah antara mereka yang kaya juga.
Kaya dengan anak-anak. 🙂
Mak (kiri) dan Kak Syam (kakak saya yang sulung).

Kira dan rancang 2 perkara untuk elak tekanan di rumah.

Ada dua perkara yang menjadi amat membebankan jika tidak diatur oleh ibu yang sibuk. Dikongsikan disini dengan ‘sangat ringkas’ dan ‘cepat’.

Kira-kira ini adalah dengan beberapa anggapan asas.
– Ayah bekerja
– Ibu bekerja
– 2 orang anak, seorang bayi dan seorang bersekolah rendah.
– Wang bukan penghalang.

Mari lihat satu persatu apa yang saya maksudkan.

Continue reading “Kira dan rancang 2 perkara untuk elak tekanan di rumah.”