Beretikakah kita sebagai ibu (dan bapa)?

Assalamualaikum.


Banyak benar perkara yang berlaku dalam tempoh yang sekejap. Sehari, seminggu, sebulan dan setahun dirasakan tidak selama dahulu. Cepat sungguh masa berlalu.


Masa juga memberikan peluang kepada manusia untuk meneruskan perjalan hidup dan saat-saat penting dalam hidup. Sebagi ibu, pasti ramai yang sedang bergelumang dengan pelbagai urusan dan perkara rutin yang harus disiapkan.


Pernah juga terlintas difikiran, adakah saya sebagai seorang ibu telah menjaga etika yang betul sebagai ibu. Maklumlah, di rumah keadaannya berbeza. Apabila berada di luar dalam suasana yang berbeza, berbeza pula tanggungjawaab dan peranan seorang ibu.


Apabila berada di kawasan kejiranan ada etika yang perlu dijaga. Manakala, apabila bertemu guru dan rakan anak-anak yang lain ada juga etika yang peru dijaga.

Continue reading “Beretikakah kita sebagai ibu (dan bapa)?”

(English) The Story of My 1st Pregnancy. – Part 2

On that very night at 8pm, after my maid come back in the afternoon, I told my husband that I felt very uncomfortable and the pain came more frequent. I could not describe how was that ‘contraction’ feel at that time, but my husband also said that we better go to the hospital.
Upon reaching the hospital, I was being  scolded by the doctor for not coming much earlier, as they found that there was very little water left in my waterbag! The doctor said  that I was lucky that I did not have fever.
Well, in the labour room as I started to push my baby, I lost my strength. I have no more enegry after 3 times of pushed. Which I realised due to my insufficient food intake during the day. I did not eat and merely eaten only 2 slices of bread during the day, without taking dinner due to the pain which I exerienced!

Meraikan apa yang anak-anak suka.

Semalam, anak-anak nampak bersemangan membuat persiapan untuk ke sekolah. Hari Isnin. 😀

Saya pula, seperti biasa. Bergelumang dengan beberapa karenah ruma tangga yang tidak pernah selesai. Apa yang membuatkan saya senyum sebelum tidur adalah 5 keping gambar lukisan yang di’hadiahkan’ kepada saya sebelum tidur.

Ala, bukan apa. Sekadar meraikan apa yang anak-anak suka.

Lukisan oleh Nur Sabrina, 7 tahun.

Petang tadi…

Apa khabar semua?


Hari ini hujung minggu lagi. Eh, nampaknya saya sudah memasuki hari Isnin. 🙂


Baiklah, ini kisahnya.


Memandangkan saya perlu menghadiri kelas hujung minggu, hari ahad adalah satu-satunya hari saya boleh mengemas dan perlu mengemas. 


Ini termasuklah persediaan pakaian dan keperluan rumah yang anak-anaknya bersekolah dan perlu dihantar ke taska setiap hari.


Petang Ahad, anak-anak dengan baik hati menawarkan diri untuk pergi sendiri ke taman yang hanya 1 minit perjalanan dari rumah. Pada mulanya, saya bimbang juga.