Cerita anak di ‘gigit’ di tadika.

Begini ringkas kisahnya:

Seorang anak berumur 5 tahun, lelaki digigit oleh rakan sebaya. Juga lelaki. Gigitannya memang agak terkesan, memandangkan anak yang digigit adalah berkulit putih melepak.


Pada masa yang sama, Cikgu sudah mengesan ada kesan cakaran di muka anak itu semasa tibanya ke sekolah. Tetapi, memandangkan keadaan agak mahu segera ke kelas, Cikgu terlupa untuk bertanyakan kepada si ibu yang menghantarnya.

Continue reading “Cerita anak di ‘gigit’ di tadika.”

Kisah anak mengadu lapar sebaik sahaja tamat kelas.

Beberapa hari lepas, saya ditanya oleh seorang rakan.

“Hari ini saya terima aduan ibu bapa. Nampaknya dia sangat marah!”

“Apa isunya?”

“Oh, katanya, setiap kali anaknya pulang dari sekolah, sentiasa mengadu lapar. Kemudian, katanya lagi dia mahu hantar komen ke facebook. Tetapi, tidak sampai hati.”

“Hmmmm….Ibu atau ayahnya yang datang?”

“Bukan, neneknya. Apa yang saya boleh buat? Bolehkah saya tambah menu seperti yang diminta. Katanya, dibandingkan dengan sekolah cucunya sebelum ini, mereka diberi makan sedap-sedap.”

“Sekolah yang dimaksudkan itu di tadika atau taska?”

“Entahlah…”

Continue reading “Kisah anak mengadu lapar sebaik sahaja tamat kelas.”