Kisah tidak pasti, tidak tahu…

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan semua? Pastinya hari-hari yang bermula dengan sejuk dan tenang menjadikan hari semakin indah dilalui.

Ya, kisah kali ini adalah kisah hati. Mungkin ia sedikit berbeza. Namun, apabila membaca catatan ini ia akan memberikan gambaran tertentu sama ada anda seorang ibu, bapa, guru, pengusaha tadika atau baru sahaja mahu tahu tentang tadika.

Saya telah didatangi oleh seorang teman, yang merupakan majikan di sebuah tadika.

Berikut adalah kisahnya.

Nana (bukan nama sebenar) adalah seorang graduan IT. Beliau bukanlah tidak mempunyai cita-cita tinggi, tetapi dengan niat dan hasrat dihati, beliau bekerja di sebuah tadika. Selepas hampir lebih 3 tahun menimba ilmu dan pengalaman beliau nekad untuk membuka tadikanya sendiri, meskipun beliau tidak mempunyai anak.
 
Setelah setahum berhempas pulas menjalankan perniagaan tadika yang baik dan maju, beliau membuka cawangan baru. Katanya, mehu memberikan peluang untuk pekerjanya mengembangkan bakat menguruskan tadika sepertinya juga.

Bapa ber’gosip’ akhirnya kawan tersepit!

Assalamualaikum.
 
Kepada kawan-kawan dan rakan-rakan yang rajin di online. 🙂
 
Semoga hari ini dalah hari yang lebih baik dan sempurna dari semalam. Mungkin ianya lebih banyak dugaan. Tetapi, dugaan itu bakal menjadikan diri lebih kuat dari semalam.
 
Oh ya! Beberapa hari yang lalu saya menerima kisah lagi. Ini cerita baru bagi saya.
 
Suka ‘gosip’? Kebanyakan gosip datang dari perempuankah? Ramai yang berkata begitu.
 
Tahukah kawan-kawannya, bahawa bapa juga bergosip? Ini kisahnya.
Cikgu Ina (bukan nama sebenar) adalah seorang guru sekolah rendah. Beliau menghantar anaknya ke sebuah tadika. Malahan, lebih dari 10 orang guru di sekolah itu menghantar anak masing-masing ke tadika yang sama. Mereka gembira apabila dapat berkongsi maklumat antara satu sama lain. Mereka bukan sahaja guru perempuan malah guru lelaki juga!

Bapa ‘terpikat’ pada kerani di sekolah anak.

Assalamualaikum.

Semoga kawan-kawan berada dalam keadaan baik dan sihat.

Saya dikisahkan dengan satu cerita benar dari seorang pengetua sekolah tadika. Bagi saya, kisah ini sukar untuk saya percaya. Tetapi, benar! Ianya berlaku.

Begini kisahnya.

Seorang bapa kepada anak berumur 5 tahun selalu meminta untuk masuk ke tadika dan menghantar anaknya hingga ke dalam kelas. Setiap kali, dan hampir setiap pagi. Bapa ini adalah seorang pensyarah.Puan pengetua sedikit hairan. Lalu ditanyakan kepada guru kelas berkenaan. Tetapi, guru tidak pula mempunyai sebarang maklumat. Malahan, anak itu tidak ada sebanrang masalah.

Apabila guru dan ibu bapa menerima ‘aduan’.

Asaalamualaikum.

Kali ini, saya menulis malam dan terus meletakkan sebagai ‘publish’. Kebiasaannya, saya akan letakkannya secara berjadual sahaja.

Selepas beberapa kisah sebelum ini, saya menerima komen positif.

Beberapa rakan yang lain juga turut berkongsikan banyak cerita. 
Kisah kali ini berlaku dalam kes yang agak serupa, tetapi tidak sama.

Kisahnya: 
1. Apabila ibu bapa membuat aduan kepada guru, guru tidak memberikan kerjasama yang baik.

Anisah (bukan nama sebenar) mendapati anaknya membawa barang selain dari kepunyaannya apabila pulang dari sekolah. Ada masanya, barangnya pula diberikan pada kawan yang lain.

Anisah bimbang jika anaknya mula mengambil barang orang atau ada orang lain yang memberi barang kepadanya. Atas kesedaran tentang pentingnya memberitahu guru dan pihak sekolah sebarang keprihatinan, dia berjumpa dengan guru kelas.

Tetapi, guru kelas nampak tidak gembira dan bermasam muka apabila ditemui.

Bimbang berlaku ‘diskriminasi’ guru pada anak.

Kepada rakan-rakan yang dihormati.

Apabila dipanggil dengan nama ‘Teacher’ dan ‘Cikgu’, ia sebenarnya memberi impak yang berbeza bagi ramai orang. 

Ada ibu bapa yang ‘takut’ menampilkan diri untuk memberikan komen dan teguran. Mereka bimbang anaknya tidak dilayani dengan baik di sekolah. 

Tetapi, dengan perjumpaan dan mengenali guru atau pengetua di sekolah, kecenderungan ini berlaku adalah kecil.

Kali ini, kisahnya begini.

Seorang pengurus sekolah (Pengetua Tadika), menerima panggilan dari majikannya. Berikut adalah catatan laporan dari seorang bapa:

– beberapa orang murid tidak mahu ke sekolah/fobia mahu ke sekolah hanya kerana seorang cikgu.
– cikgu menggunakan rotan, mencubit dan menarik telinga murid
– cikgu meninggikan suara yang tinggi kepada murid
– pembantu dan guru tidak ada bertugas semasa kedatangan murid.
– cikgu garang.

Pengetua itu, mahu mendapatkan maklumat lanjut tentang apa yang dilaporkan. Tetapi, majikannya tidak mahu memberikan maklumat bapa berkenaan. Beliau diminta menulis laporan dan menyatakan sebab atas laporan itu.

Bimbang ‘tegur’ guru yang selalu ‘menengking’ anak.

Assalamualaikum.

Kawan-kawan. Semoga hari ini menjadi satu titik permulaan yang baik untuk hari-hari mendatang.

Baiklah. Saya ada menerima beberapa mesej ringkas, tentang kisah harian kawan-kawan dan anak-anak.

Kali ini, kisahnya dalah mengenai seoran ibu yang bimbang apabila melihat guru di taska anak selalu menengking anak-anak di situ.
Meskipun beliau tidak kisah anaknya dimarah, tetapi beliau amat belas kepada anak-anak yang lain.