Takut. Persepsi. Sangsi.

Pembangunan dan perubahan adalah proses yang tidak dapat dielakkan.

Seorang anak akan melalui fasa perkembangan yang boleh dijangka. Meskipun ia berbeza dari seorang anak kepada seorang yang lain, setiap fasa perkembangan boleh diramal.

Perjuangan harian kita sebagai orang dewasa dilihat sebagai tidak boleh diramal. Secara peribadi, saya melihat ianya adalah satu proses yang todak boleh dielakkan.

Kehidupan seharian dan perancangan bisnes adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam lingkungan rakan bisnes yang saya kenali. Ia saling berkait dan perlu dipadankan rancangannya.

Takut.

Siapa tidak pernah takut?

Ia adalah satu perkataan yang sering diminta untuk dibuang dalam kamus orang bisnes. Saya mahu mengeklkannya. Takut ini membawa banyak makna kepada pembangunan diri saya secara peribadi.

Takutlah yang membuatkan saya berani membuat keputusan.

Takutlah yang menyebabkan saya merancang.

Takutlah yang membbuat saya mencari contoh dan tauladan.

 

Persepsi.

Sukar untuk mengawal diri, sukar lagi untuk mengawal persepsi orang terhadap diri. Persepsi boleh diurus dengan ilmu.

Persepsilah yang membantu saya membentuk watak.

Persepsilah yang memberi ruang modal sosial untuk dibina.

Persepsilah yang menyebabkan diri yakin terus berusaha.

 

Sangsi.

Acapkali kita curiga. Curiga pada pasangan dan rakan niaga. Curiga tidak dikawal akan membuahkan buruk sangka. Buruk sangka itu menjatuhkan diri.

Sangsilah yang menjadikan saya yakin.

Sangsilah yang mengajar kita menilai dan memberi nilai.

Sangsilah yang membuat minda berfikir untuk menyelesaikan.

 

Saya ditanya berulangkali oleh beberapa rakan. Saya yakin, sisi pandangan yang berbeza membolehkan kita berjalan terus. Lihat semula pada sisi yang selalu kita abaikan. Ada yang baru dan lebih baik boleh dijumpai.

Mereka mengajak kit unutk jadi positif. Teknik yang betul adalah dengan mempunyai sisi pandangan baru.

Lihat takut, persepsi dan sangsi melalui kaca mata baru.

 

Mentor, Coach dan Guru

Selamat Hari Raya.

Tahun ini suasana agak berbeza. Bulan Ramadhan dan Syawal dipenuhi dengan nota bacaaan dan pertemuan perbincangan berkisar hal ehwal niaga.

Saya didatangi oleh beberapa rakan, bertegur sapa dan bercerita perihal yang pelbagai.

Kisah kali ini berkisar tentang mentor, coach dan guru. Ya, salah satu resipi kejayaan bisnes adalah dengan mencari mentor. Saya ditanya tentang bagaimana saya mencari mentor.

Secara tidak sedar bermentor ini tidak semestinya hanya dengan seorang. Pada kebiasaannya, kita bermentor dengan mereka yang sudah melalui fasa bisnes seperti kita. Ada juga yang memilih mentor yang datang dari industri yang sama. Konsep mentor sudah banyak dimodifikasi. Saya masih menggunakan konsep mentor yang asas.

Mentor – mereka yang sudah melalui perkara yang sama secara hands-on.

Coach – mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu walaupun tidak mempunyai pengalaman hands-on dalam industri itu

Ya, saya mempunyai mentor, coach dan juga guru dalam bisnes. Namum, pencapaian setiap seorang dalam perjalanan bisnesnya tidak sama meskipun bermentor dan berguru dengan orang yang sama.

Mengaplikasikan apa yang diberitahu oleh mentor melalaui pengalamannya, yang dikongsikan oleh coach melalui kepakarannya serta yang diajar oleh guru dari ketinggian ilmunya itu harus dilakukan dengan bijak.

Fasa perlaksanaan strategi bisnes dengan taktiknya perlu disusun sendiri oleh kita yang bergelar orang bisnes ini.

Saya kira, tidak perlu takut untuk bermentor lebih dengan seorang. Ia adalah baik. Usah keterlaluan. Ambil perkara yang baik.

Membanding dan mengkritik mentor bukan perkara yang dilakukan oleh orang bisnes.

Apabila melalui fasa perjalanan bisnes, adakalanya kita bertukar mentor. Saya pula tidak mengisytiharkan siapa mentor, coach dan guru saya. Namun, apabila ditanya saya akan beritahu. Ilmu yang baik saya kongsikan. Cuma, ubat yang baik untuk saya tidak semestinya baik untuk orang lain. Mungkin dos yang saya perlukan lebih banyak berbanding orang lain.

Pokoknya, apapun nama mereka (mentor, coach, guru), ilmu itu mesti diaplikasi dengan baik. Kita fikirkan jalannya. Rancangkan fasa gerak kerja beserta ‘timeline’nya yang sudah pasti perlu anjal. Boleh berubah jika perlu.

Ada ketikanya, mempelajari ilmu baru, memerlukan kita berkuli dahulu. Ya, saya juga sedang berkuli.

.