Memilih bahan pembelajaran berbentuk buku untuk tadika

 

Ramai pengusaha tadika yang mempunyai kurikulum dan silibus yang bagus untuk tadika mereka. Aktiviti yang dirancangkan sangat menarik dan seronok untuk anak-anak.

 

Mereka juga menyediakan pelbagai jenis projek yang boleh dijalankan di tadika untuk anak-anak memahami kandungan pembelajaran.

 

Selain daripada itu, pengusaha tadika juga memastikan bahan bertulis termasuk buku latihan dan bacaan menyokong kepada konsep pembelajaran yang mereka tawarkan.

 

Mana-mana tadika dan pusat pembelajaran anak-anak mahu tidak mahu akan menyediakan buku latihan dan bacaan untuk anak-anak. Ia adalah antara medium dan bahan yang pertama mahu dilihat dan diminta oleh ibu bapa apabila mereka datang ke tadika untuk pendaftaran.

 

Apakah cara untuk memilih buku yang baik?

 

Buku sebagai alat dan bahan pembelajaran utama di tadika dan sekolah boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian fungsi:

 

1. Memperkenalkan idea pembelajaran

Contoh:

Buku cerita digunakan untuk memperkenalkan idea mengenal huruf atau nombor.

 

2. Memperkenalkan topik pelajaran baru

Contoh:

Buku teks dan buku bacaan.

 

3. Mengukuhkan pemahaman

Contoh:

Buku aktiviti dan latihan penulisan.

 

Buku-buku ini pula mempunyai kriterianya yang sendiri untuk dipilih. Kriteria am yang biasa digunakan ialah:

1. Susunan teks

2. Gambar dan ilustrasi

3. Kandungan

Income Generator: Sales OR Ownership?

 

Meeting business people makes life expand by itself.

Today, seating with almost 10 business owners and 5 investors, a real fact extracted and stick in my mind.

 

“Income comes from the company’s sales NOT ownership in the company.”

 

But, how does this fact translate for business people?

Many of us focusing on how much we own the share in a company.

For many, the higher the %, the higher the income we will get.

 

Let’s see…

People who owned 100% share in a company which does not make enough sale.

 “Poor businessman.”

 

Some people own 10% share in 10 companies which makes RM500,000 sales per month.  “Rich businessman.”

.

Jaringan Bisnes, Kabel Bisnes

Ramai yang memilih untuk berkembang dengan bisnes.

Bisnes mahu dikembangkan, itu tujuan utama.

 

Membina jaringan di kalangan ahli bisnes berbilang industri sangatlah digalakkan.

Malah, sudah terbukti bagaimana orang bisnes yang mempunyai jaringan yang kuat mempunyai sokongan  dalam pelbagai aspek .

 

Ini tidak sama dengan situasi ‘engkau mesti ada kabel’.

Zaman ini ‘kabel’ sudah membawa makna yang lain.

 

 

Ia bukanlah mengenali siapa yang akan memilih kita kerana ikatan dan kepentingan peribadi.

Ia adalah siapa yang mengenali kita kerana kredibiliti.

 

Nabi kita sangat dikenali dengan gelaran ‘al-amin’.

Itu adalah antara sebab ‘jaringan bisnes’ berkembang.

 

Melalui jaringan bisnes kita hari ini, kita mahu siapa mengenali kita?

Bagaimana kita mahu dikenali?

Sebagai orang bisnes yang bagaimana kita mahu diingati?
Apakah ‘personal positioning’ dan ‘personal branding’ kita?

.
.

SOP itu bukan magis!

“Assalamualaikum puan,

Puan Noraminah yang dirahmati Allah,

Bagaimanakah caranya untuk memastikan SOP yg dibuat, diikuti?

Sekiranya SOP tersebut tidak berfungsi apakah tindakan yang patut dilakukan?

Terima kasih.

SM”

 

Saya menerima mesej ringkas seperti di atas.

Saya maklum akan keadaan seperti ini, adalah keadaan biasa dalam mana-mana organisasi.

 

Secara ringkasnya, SOP itu adalah alat untuk memudahkan pengurusan dan pada masa yang sama dapat mengekalkan keseragaman hasil daripada sesuatu proses.

 

Disebalik SOP itu ada falsafahnya.

Antaranya termasuklah:

 

+ Kepuasan pelanggan

+ Sistem yang baik hati

+ Mendorong diri sendiri

+ Pembangunan insan

+ Kebebasan membuat keputusan

…dan banyak lagi.

 

SOP itu bukan magis!

 

Apa bila SOP itu tidak tidak digunakan ada 2 kemungkinan:

1. SOP itu menyusahkan.

2. SOP itu susah untuk difaham.

 

Pada keadaan biasa:

 

1. Akan ada ‘audit tim’ wujud untuk membantu agar SOP digunakan dan diikut.

Tim Audit ini bukanlah orang yang menunjukkan salah semata-mata.

Mereka akan menunjuk jalan kepada yang tidak tahu menggunakan SOP dan menghadapi kesukaran melaksanakannya.

 

2. SOP itu ada revisinya.

Setiap dokumen SOP ada pemiliknya.

Pemiliknya itu mesti beri maklumbalas dan SOP perlu diubahsuai kepada versi baru.

Walaubagaimanapun, perubahan ini hanya dilakukan apabila perlu.

 

CONTOH:

 

SOP untuk mengutip hutang lapuk adalah kepunyaan ‘credit controller’.

 

Apabila beliau mendapati ada cara baru yang mahu dicuba, lakukan dahulu dan lihat perkembangannya.

 

Contohnya, apabila sistem pembayaran online diperkenalkan, ia haruslah dilakukan dalam tempoh percubaan 2-3 bulan.

 

Sementara itu masukkan ke dalam SOP. Kemudian barulah diserapkan ke dalam SOP versi baru untuk bahagian itu.

.

 

 

Planet Reban, Planet Bisnes

 

Ada seekor ayam jantan.

Gaya gagah dengan bulu dan kokokan hebat.

Warnanya menyala-nyala.

Pagi berkokok suaranya sahaja yang kedngaran.

 

Ayam jantan itu masuk keluar reban setiap hari.

Pagi berkokok.

Keluar mencari makan. Kais pagi, kais petang.

Tuannya juga bagi makan.

Masuk senja, masuk reban.

 

Namun, dunianya hanya setakat itu.

Ia tidak berkawan dengan lembu.

Ia tidak mengambil tahu tentang itik yang baru bertelur di belakang reban.

Ia tidak kisah jika angsa menjerit-jerit apabila terlihat orang asing.

Ia tidak berbuat apa-apa apabila ada ayam lain disembelih.

Baginya, ia perkara biasa. Suatu hari dia juga akan disembelih.

 

Planet orang bisnes tidak sama macam planet reban ayam.

.

 

Kualiti.

 

Selalu kedengaran.

 

Jaga kualiti, baru pelanggan puas hati.
Kualiti dahulu, baru kuantiti.

 

Tidaklah! Kuantiti dahulu baru ada kualiti.

 

Sebenarnya, banyak lagi cerita tentang kualiti yang boleh dikongsikan. Malah ada yang menggunakan perkataan kualiti sewenang-wenangnya tanpa ada piawaian.

Lalu, bagaimana boleh disebut sebagai ‘jaga kualiti’ sedangkan tiada piawaiannya?

 

“Kualiti itu hanya boleh dijaga apabila ia ada.”

 

Contoh kata penjual:

1. Saya menjual periuk berkualiti.

+ Saya menjual periuk yang tahan karat, tidak melekat berketebalan periuk adalah 8 mm.

 

2. Tadika saya adalah lebih berkualiti berbanding tadika lain di kawasan ini.

+ Tadika ini dilengkapkan dengan kemasan lantai yang tidak berhabuk dan melekit. Keselesaan dari warna cat dinding dan bilik berhawa dingin membantu anak-anak belajar dengan selesa, tanpa peluh basah.

 

Kualiti bukan hanya pada kata.

Ia ada pada sifat, keadaan.

Boleh dilihat, dirasa dan diguna.

Kualiti memberi manfaat.

.