Bisnes : Nota 3

SALAH jatuh cinta…

Masalah akan timbul apabila orang bisnes jatuh cinta dengan perkara yang salah.

1. Jatuh cinta dengan produknya
Walaupun produknya sudah tidak ada pasaran pada abad itu, masih mahu mengeluarkan dan menjualnya.

2. Jatuh cinta dengan bangunan bisnesnya
Walaupun kawasan itu sudah tidak sesuai untuk bisnesnya, masih mahu beroperasi disitu.

3. Jatuh cinta dengan syarikatnya
Walaupun dia tidak boleh menguruskan syarikatnya itu, masih tidak mahu menyerahkannya kepada orang lain.

4. Jatuh cinta dengan jenamanya
Walaupun jenama itu perlu dijenamakan kembali, masih mahu tetap kekal dengan jenama itu.

5. Jatuh cinta dengan ideanya
Walaupun ideanya itu menelan kos puluhan ribu ringgit dengan pelanggan yang belum tentu ada, masih mahu berbelanja untuk merealisasikan ideanya.

Pengurusan : Nota 4

KERJASAMA

Berkerjasama dengan sekumpulan orang yang mempunyai fahaman bisnes yang sama memudahkan gerak kerja.

Mengetahui ‘roadmap’ dan rancangan serta hala tuju bisnes membantu untuk setiap ahli menyusun dan. Merancang gerak kerja.

Melaksanakan taktik bisnes dengan mengetahui strategi dan pendekatannya memastikan kelangsungan bisnes untuk jangka masa panjang.
.

Pengurusan : Nota 4

KISAH KASIH SEORANG ISTERI

Hari ini saya menghadiri satu sesi minum kopi.
Ini pesanan saya kepada rakan-rakan wanita muda yang BERBISNES atau berpasangan dengan orang bisnes…

Tugas sebagai seorang isteri dan tugas bisnes perlu di selenggara dengan baik. Beri penekanan kepada yang penting pada waktunya.

Seperti anak-anak yang main jongkang-jongkit, jika mahu rasa seronok dilambung ke atas, mesti turun supaya rakan dapat dilambung dan kita dilambung kembali.

Jika Sang suami itu orang bisnes, usah dicampuradukkan perasaan dan pendapat sendiri untuk mempengaruhi keputusan bisnes beliau.

Asingkan tugas isteri dan tugas bisnes.

Pengurusan : Nota 3

PENGURUSAN TADIKA

‘Less is more…’

Sebagai orang perempuan, dapur adalah ‘territory’ yang kita mahu kuasai. Dapur kita tempat kita memasak.

 

– Kita mahu masak makanan yang orang suka makan.
– Kita beli sendiri ikan, daging sayur dan semua bahan masakan. Bahan masakan mesti cukup dan betul.
– Kita sendiri masak. Kita sendiri yang bersihkan dapur.
– Apabila kita suka mengumpul bekas aiskrim, kita letak satu tempat.
Kemudian, kita suka juga kumpul ‘bunga telur’…banyak-banyak kita kumpul.

 

Apabila menguruskan bisnes tadika, ia tidak sama dengan menguruskan dapur kita.

+ Tugas di tadika dibahagi-bahagikan. Ada yang mengajar, ada yang mengurus.
+ Keperluan sistem dan dokumen membantu mengurus tadika. Ada borang, ada senarai semak, ada rekod.
+ Kekemasan dan kebersihan adalah tugas semua, bersama
+ Hanya barang yang diperlukan untuk bisnes dibeli, disimpan dan ditambah stok

.

Bisnes : Nota 2

CERITA Orang Bisnes : GAJI

 

“Berapa gaji puan sekarang?
Puan bekerja lebih bersungguh dari sebelum ini.
Mesti gajinya besar…”

Dalam pengurusan syarikat ada 3 bahagian.

1. Pemegang saham
2. Ahli lembaga pengarah
3. Eksekutif pelaksana

 

Mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab sendiri.
Mereka yang bekerja diberikan gaji.

Sesetengah pemegang saham tidak bekerja.
Sesetengah ahli lembaga pengarah bekerja dan bukan pemegang saham.

 

Orang bisnes ‘bekerja’ dengan gembira dan penuh semangat.
BUKAN kerana gaji semata-mata!

Bisnes : Nota 1

Bisnes dan FB.

Salah sebuah syarikat yang saya kenali, mereka menggunakan FB sebagai medium berbisnes.
Boleh dikatakan secara rasmi.

Pada masa yang sama ada yang meng’haram’kan penggunaan FB sewaktu bekerja.

Begini sahaja…

Ia samalah macam kita berbisnes menjual pisau.
Pisau itu ada pelbagai kegunaan yang baik.

Apabila ada pelanggan yang menggunakan pisau untuk perlakuan jenayah, kita tidak pula tutup bisnes.
Tidak pula orang yang berbisnes menjual pisau itu dilarang menjual pisau.