POPULAR. DIKENALI. DISUKAI. DITERIMA

Ada orang yang popular, tetapi tidak dikenali ramai. Popularitinya adalah dikalangan kumpulan tertentu.

Contoh:
Instagram sangat popular dikalangan Gen-X. Namun, kurang dikenali oleh pengguna tegar FB, yang kebanyakannya Gen – Y.

Dikenali pula tidak semestinya disukai oleh orang. Ada yang kita kenal tetapi kita tidak suka.

Orang bisnes yang fokus, mahu diterima dalam dunia bisnes.

Mereka bijak mengurus emosi sendiri. Menyusun strategi bisnes melalui populariti kemudian dikenali dan ada kemungkinan disukai.

Biasanya, mereka hanya mahu diterima dan dipercayai untuk terus berbisnes.

Semalam seorang ahli bisnes menceritakan tentang pentingnya memastikan bisnesnya ‘boleh buat duit’ supaya orang lain juga ‘boleh buat duit’, telah menyebabkan beliau sangat popular, dikenali, disukai dan diterima dalam bisnes.

LIFE. JUNCTION. DECISION.

Not everyone experience the same journey in life.
Business life is also unique.

Have you ever reached to a junction, when you need to decide to go straight, turn left or turn right?

You know where you wanted to go, yet, you are not sure which route will bring you there faster.
You are not sure which route is safer.
You are not sure who will be with you during the journey.

There is always ‘junction’ in business.
Make the decision.
Make it happen.

Calculate in advance. Have a forecast.
Prepare for the risk. Have the next plan ready.

JARINGAN BISNES. LINGKUNGAN KAWAN.

Soalan yang perlu ditanyakan kepada diri. Apabila satu persatu soalan dijawab, kita akan tahu berapa besar jaringan dan kenalan kita.

Dengan siapa saya bersarapan?
Siapa yang makan tengahari bersama saya?
Waktu santai, siapa yang saya akan temui?
Apabila pergi ke majlis, majlis apa yang banyak saya hadiri?
Dengan siapa saya selalu minum petang?

Seorang pengusaha tadika pernah menjawab soalan diatas, dan jawapannya begini (mengikut urutan soalan).

Anak-anak di tadika dan guru tadika.
Guru-guru tadika.
Suami dan anak-anak sendiri.
Kenduri kahwin sebelah suami dan saya sendiri.
Sendiri sahaja.

Selepas itu, pengusaha itu berkata…
“Padanlah selama 7 tahun mengusahakan tadika, saya hanya tahu tentang dunia saya sahaja…”

NOTA:

Jaringan bisnes melangkaui batasan jenis dan industri bisnes. Malah ia tidak mempunyai sempadan geografi.

Kita berada dalam era ‘mergers and acquisition’.
Jaringan mana yang yang ada untuk kita?

STAF BIJAK. RAKAN KONGSI BIJAK.

Mulakan dengan sangka baik.

Orang bisnes akan sentiasa mencari staf dan rakan kongsi yang bijak. Kesilapan besar berlaku apabila kita fikir kita sahaja yang pandai.

Hakikatnya, ramai staf dan rakan kongsi kita yang bijak, tetapi kita tidak nampak.

Contoh:
+Ada staf yang masih mudah, tetapi mencecah sasaran jualan 100%.
+Ada staf yang kurang berpengalaman, tetapi mencapai jualan berulang sebanyak 80% daripada pelanggan yang sama.
+ Ada staf yang tidak berkelulusan tinggi, tetapi cepat belajar secara praktikal dan lebih profesional.

Dengan erti kata lain, kita tidak boleh memperbodohkan staf kita, apatah lagi rakan kongsi kita dengan cakap dan buat yang bukan-bukan.

Apabila ada kesilapan, terus cari jalan penyelesaian.

Faham dan jelas, sebelum membuat keputusan.
Ikut tatacara ‘best practices’ dalam industri.
Jalankan perkara berdasarkan ‘core values’ bisnes kita.

Dengan itu, kita akan dapat bekerjasama dengan orang biasa-biasa untuk mendapat hasil yang luarbiasa!
.

PUSINGAN. TERUS JALAN.

Rakan FB saya,
Puan Nadzura Sabry menulis…

“Kita ini pusing sana, pusing sini, jumpa orang yang sama.

Hari ini kita suka, esok kita tak suka,
Jika ada yang tak menyenangi, baik diam sahaja.
Diam itu lebih baik, dalam banyak segi.”

NOTA:
Dunia bisnes ini tidak besar mana.
Bercakaplah yang baik-baik dengan terang dan jelas..
Yang selebihnya, diamkan sahaja.

Konsep ‘content marketing’ itu terpakai dalam proses membina kredibiliti diri.

KETUA ORGANISASI. KEPIMPINAN BISNES.

KETUA ORGANISASI. KEPIMPINAN BISNES.

Dalam syarikat, kita bahagikan kumpulan dan tugasan untuk mempercepatkan gerakan.

Secara amnya, banyak organisasi biasa juga mengikut susunan pengurusan korporat yang digunakan dalam bisnes.

1. Tugas Pemegang saham.
2. Tugas Ahli Lembaga Pengarah
3. Tugas Eksekutif pelaksana.

Tidak semua perkara yang dilakukan oleh kumpulan 1 difahami oleh kumpulan 3.

Tidak semua perkara yang dirancang oleh kumpulan 3 mesti dikawal oleh kumpulan 2.

Ada kumpulan yang bergerak dengan helikopter.
Ada kumpulan yang bergerak dengan ‘4-wheel drive’.
Ada kumpulan yang bergerak dengan kereta viva; kecil, jimat dan laju!

Mereka yang memandu ‘helikopter’ memerlukan lesen yang berbeza dengan mereka yang memandu ‘4-wheel drive’.

Mereka yang biasa memandu VIVA seperti saya, memerlukan kekuatan dan kemahiran yang berbeza apabila mahu memandu ‘4-wheel drive’.

Penyusunan dan pemahaman inilah yang banyak membantu orang bisnes menyusun strategi berkembang dalam bisnes.