ILMU dan IP Bahasa dan Pilihan

Penyampaian ilmu itu tiada hadnya.
Penggunaan bahasa pula, adalah pilihan.

Tiada sesiapa yang berhak menyatakan ilmu itu, dia seorang yang punya.
Ilmu yang baik perlu disampaikan agar memberi manfaat.

Kita bebas berkongsi ilmu yang bermanfaat.

IP itu ada kisahnya yang tersendiri. Rujuk sahaja kepada yang pakar.
.

‘When we speak and write in another language, it does not mean we are smarter than those who don’t.

We simply wanted to choose the most comfortable language to share a specific idea with a specific group of people.’

SALES. Mentality and Perspective.

Many of us in business think that sales are important in business.

We are busy reporting and checking on the sales numbers.

Sales are not equal to cash.

In reality, cash is what needed for a business to survive.

Protect our capital and maintain the highest gross-profit margin that we can achieve.

Let us spend more time developing relationship with the ‘right’ customers.

It is simple but difficult, especially when we need help to keep everything in perspective.

BUSINESS IDEA. REALITY of BUSINESS.

Viability of a business can’t be something sure unless it is carried out in the real world.

However, viability is just a step for the business to go somewhere…else.

Most of the time, business goal relates to something ’emotional’. It is interesting to learn what really motivates people.

Some business looks viable on paper. However, most need us to cut expenses and put in more money.

BERLUMBA.

Saling menghormati.
Memuliakan yang lain.

Sesiapa yang melakukan perkara yang sama dengan apa yang kita lakukan, bukanlah pesaing kita.

Kita cuma berlumba untuk menjadi pembekal yang memberikan servis/produk yang sama atau lebih kurang nilai premiumnya dan meletakkan harga yang agak sama di pasaran.

Perlumbaan bisnes yang sebenar memerlukan kita saling hormat menghormati.

Apabila pelumba dari trek lain, menyebut yang baik tentang kita, ia menjadi faktor kritikal dalam bisnes. Pandangan mereka yang positif disebut tentang kita menambah nilai kepada kita.

Tabiat untuk hormat dan memuliakan semua orang akan memberikan kesan.

BETULKAN yang biasa. BIASAKAN yang betul.

Perkara BIASA yang kita buat, adakalanya perlu diBETULkan juga. Dalam bisnes juga begitu.

Apabila kita biasa bekerja sendirian, apabila sudah bekerjasama akan ada masa kita akan rasa bahawa kita boleh buat jauh lebih baik tanpa kerjasama itu.

Maka, tuan dan puan pilihlah untuk membuat keputusan yang baik.

Kebiasaannya, kita perlu bekerjasama dengan pihak yang lain untuk tujuan bisnes yang berbeza.

Kerjasama yang pertama diteruskan dan kerjasama baru dengan pihak lain juga diteruskan.

Ruang yang diberikan seumpama ini, seharusnya membolehkan kita meneruskan kerjasama dengan lebih banyak pihak dan berterusan.

Maka, biasakanlah dengan apa yang sudah BETUL itu.

Tidak ada mana-mana bisnes yang berjaya sendirian tanpa menjayakan orang lain.

Biasakan kerjasama yang betul itu.
Betulkan kerjasama yang biasa itu.

BELAJAR. BUAT. BETULKAN.

Lihat hasil. Lihat kesan pelajaran. Lihat penambahbaikan.

Dalam sebuah sekolah yang biasa kita hadiri, peperiksaan dijadikan sebagai kayu ukur untuk menilai pemahaman kita dalam subjek itu.
Ada juga ‘tugasan’ yang diberikan untuk menilai pemahaman.

Di ABS Ainon Business School, ada banyak pelajaran bisnes yang kita perlu semak sendiri keberkesanannya.

Memandangkan tiada yuran khusus dikenakan, maka kewujudan semua projek dan aktiviti bisnes adalah platform untuk kita mengaplikasikan ilmu dan pelajaran yang sudah dilalui.

Terdapat ramai antara kita dan kumpulan dalam sekolah itu yang sudah menghadiri berjam-jam kelas, ‘coaching’ dan latihan bisnes.

Maka sudah tiba masanya, untuk kita ‘mengerjakan’ apa yang kita pelajari itu. Sesi konsultasi untuk projek bisnes sudah berjalan dan diberikan percuma juga.

Projek yang sedang giat berjalan ialah projek Radio Bisnes Dot Com, projek DOBI, projek ABS Guesthouse, projek Rangkaian Tadika ABS, projekUsahawan Hipersale, projek ABS Apparel & Textiles, projek PTS Sarah Kids Wholesale, projek PTS HIR Consulting , projek Terbang Terbang … serta beberapa projek kecil yang sedang ‘menjalar’.

Ini termasuklah untuk projek terkini ABS ROTI BOBOI ABS.

Sekarang, masa untuk orang bisnes buat duit melalui bisnes.
Kita sudah tidak lagi bising-bising mahu hadir kelas dan dengar teorinya sahaja!

NOTA:

Sekolah bisnes ini adalah unik dengan memberikan ruang teori dan praktikal yang menggunakan fungsi wang dalam industri sebenar.