KISAH SAYA tentang akuantan bertauliah…

 

Tahun pertama saya memulakan bisnes memang saya ingat. Saya pernah dimarahi oleh akauntan saya. Maklumlah…baru memulakan bisnes tahun pertama. Pendapatan puluhan ribu setiap bulan, buat kita melayang-layang.

Kata beliau, “Puan tidak mahu lihat perincian akaun syarikatkah? Mana boleh! Ini kan syarikat puan!”

Ayat inilah yang menyebabkan saya duduk sekurang-kurang 3 bulan sekali dengan beliau. Meneliti setiap bahagian dengan angka di bahagian bawah sekali, diteliti hingga ke atas. dari nett kepada gross. Dari gross ke nett semula.

Kemudian, diajarkan juga bagaimana membuat analisanya.
Analisa dari tahun lepas berbanding tahun ini.
Analisa daripada angka dan nisbah tertentu.
Analisa mengapa nilai ‘nett profit’ itu tidak wujud secara fizikal dalam akaun bank.
Analisa tentang nilai sebenar syarikat.

Maklumat yang ada dalam ‘Yearly Financial Statement’ itu tidak ada makna tanpa adanya analisa yang berkaitan.

NOTA : Hingga ke hari ini saya masih belajar. Belum juga pandai! 

Together

10155834_716954225023341_310243499_nWorking with others as a team is another skill needed in writing children’s picture book.

I am glad that I have met a group of inspiring people who are passionately working together towards achieving the objectives.

Though it is quite challenging at times, there are many moments that we enjoy it too.

Illustration is also the main part of the story and plot.
As manuscript and the storyboard is prepared, the process of choosing the right feel of the illustration begins.

The stroke, the emotion and the flow from the front cover to the back and page by page, need to be planned accordingly. It also need a specific layout and identification of a book especially when it comes in a series.

Yes. Work together and enjoy more!

PERJALANAN BISNES ‘START-UP’

Kaitannya dengan BMC

Pada kebanyakan masa, rancangan bisnes disediakans ebelum memulakan bisnes. Rancangan bisnes ini merupakan ‘peta’ untuk perjalanan bisnes secara khusus. Bukan semata-mata untuk mendapatkan pinjaman kerajaan dan bank.

Kini, sebelum menyediakan kertas rancangan perniagaan, BMC untuk bisnes atau produk disediakan dahulu. Apabila bisnes sudah berjalan, BMC itu perlu dilihat semula dengan teliti.

Elakkan daripada menambahkan ‘key activities’ yang terlalu banyak pada fasa permulaan bisnes.

Contoh 1:
Apabila dalam BMC ‘key activities’ adalam ‘memasarkan’, usah masuk ‘pembuatan’ selagi ‘pemasaran’ itu belum stabil.

Contoh 2 :
Apabila dalam BMC ‘key activities’ adalah ‘pembuatan’ usah masuk ‘pengedaran dan logistik’ selagi aktiviti pembuatan itu belum stabil.

Apabila perlu menambahkan ‘key activities’, pertambahan ‘key resources’ adalah perlu, apabila ia menyebabkan perubahan kepada ‘cost structure’.

Jalan mengikut ‘timeline’ yang sudah disiapkan. Perbaiki mana yang perlu. Lewat 7-14 hari adalah lebih baik daripada terlalu jauh kehadapan.

Projek yang perlu dirancang selama 3 bulan yang dipercepatkan kepada 30 hari akan mempunyai risiko.

Children’s Book : Little Froggie Series

Little Froggie is a series of story for children to enjoy .

Little Froggie is young, adventurous and easily gets bored. He is active, yet full with new ideas to have fun.

He learnt that looking for friends are beyond physical similarity.Nevertheless, he is excited to learn to do things that others are doing.

Sometimes, he thinks that others are better and envious to others too.

Little Froggie’s journey is a hope and happiness for children to appreciate self and life.

As the story being read and told to the children, it shall lead to an outcome from the adventure.

At home : reading and telling is the substance.

In class : content and method of telling is important.

For stage and performance : action and sounds and emotions are crucial.

Little Froggie is just like any other children. They have own ideas and find that many don’t understand them. Little Froggie’s friends and their experience lead another journey for children to enjoy.

VOL1 Coverfull

.

Nota ‘EKONOMI HUBUNGAN’

“Ekonomi Hubungan”

Ada banyak salah tafsiran dan fahaman apabila bercerita tentang hubungan yang menjana bisnes.

Sesi jaringan, saling sokong-menyokong, saling mempromosikan bisnes rakan dan saling memberikan ‘referral’ adalah antara aktiviti biasa dalam hubungan bisnes.

Ada banyak ekonomi hubungan berlaku, hanya bermula dengan saling kenal-memperkenalkan antara satu sama lain.

Perkenalan bisnes ini biasanya hanya boleh berlangsung apabila individu bisnes mengenali nilai dan dasar bisnes serta jenis bisnes yang ditawarkan dengan jelas.

Apabila ada perbezaan nilai dan dasar dalam menjalankan bisnes, jarang kita mahu memperkenalkannya kepada rangkaian kenalan kita.

Teknik Paparan Produk

Teknik Paparan Produk

Ada banyak ilmu yang hanya pemain dalam bidang itu sahaja yang tahu. Samalah seperti ilmu bermain bola sepak.

Untuk jualan produk dalam kedai atau pasaraya, kedudukan pintu masuk, susunan barang dan lencongan pelanggan semasa berjalan dalam pasaraya ada ilmunya.

Contoh:

Secara semulajadi, orang kita lebih selesa membelok ke kiri daripada ke kanan. Gaya pemanduan kita juga begitu.
Maka, banyakkan ruang dan ‘display’ di sebelah kiri pintu masuk utama pasaraya atau kedai. Ruang sebelah kanan, minimakan sebaik yang boleh.

Cuba duduk di pintu utama kedai atau pasaraya dan perhatikan. Teliti kedudukan pintu dan susun aturnya.

Contoh kedai yang mudah untuk dilihat ialah SPEEDMART 99.

Contoh :

Secara semulajadi, mata pelanggan akan lebih tertumpu pada aras biasa semasa mereka berdiri. Maka, barang (untuk orang dewasa) yang biasanya diletakkan pada aras mata dewasa adalah jenama yang membayar lebih untuk mendapat tapak paparan di rak itu!

Perhatikan lokasi dimana pula barang kanak-kanak dipaparkan.

NOTA:
Teknik paparan dan susun atur sangat penting kepada semua produk yang diletakkan dikalangan banyak produk lain yang serupa.

Teknik ‘display’ untuk ROTI ABS juga berbeza mengikut lokasi. Dapatkan ilmunya dari mereka yang sudah melakukannya.