Ebook : Seronoknya Usrah.

EBOOK SERONOKNYA USRAH

 

Budaya USRAH ini masih kekal.

Ia aktif berjalan dikalangan anak-anak muda dan insitusi yang mempunyai ahli dengan misi atau perjuangan tersendiri.

Di peringkat Sekolah Menengah, ada aktiviti USRAH.
Di peringkat Universiti, ada aktiviti USRAH.
Di peringkat Kolej, ada aktiviti USRAH.
Di peringkat umum, kendalian surau atau masjid atau persatuan ada aktiviti USRAH.

 

+ Buku ini ada 128 mukasurat.
+ Sesuai untuk Naqib dan Naqibah.
+ Sesuai untuk pengendalian aktiviti yang aktif, menarik dengan pendekatan baru.
+ HARGA : RM 10.
.

CARA BELIAN.

 

  1. Buat bayaran sebanyak RM10 ke dalam akaun

 

PUBLIC BANK 3141 8288 35 ATAU

MAYBANK 5627 5911 0392

 

atas nama MINDS VILLAGE SDN BHD.

 

  1. Emelkan salinan atau imej slip bayaran ke admin@noraminahomar.com

 

  1. Tunggu pengesahan dalam tempoh 24 jam selepas menghantar emel.

 

  1. Untuk sebarang isu teknikal, emel semula ke admin@noraminahomar.com

MEMAHAMI PRINSIP BEKERJAYA (3)

JELAS DENGAN BIDANG TUGAS

Meskipun jawatan yang diberikan itu memberi gambaran akan tugas yang perlu kita lakukan, ia masih memerlukan pemahaman lanjut.

 

Sebagai seorang yang mahu berjaya dalam kerjaya ini dan pergi lebih jauh, seharusnya, semua perkara ini diterima dalam bentuk bertulis yang boleh dirujuk semula dari masa ke semasa.

 

Guru Tadika, merupakan satu jawatan. Namun, tugas dan tanggungjawab yang menepati sasaran institusi mestilah diterima dengan jelas.

 

Tugas perguruan melangkaui apa yang orang awan jangkakan. Ia melibatkan tugas khusus pengajaran dan pembelajaran dan pada msa yang sama mempunyai tugas lain termasuklah:

 

  • Pengurusan kelas dan data
  • Penyediaan alat dan bahan pembelajaran
  • Penyediaan laporan secara berkala
  • Menghadiri latihan dan program pembangunan guru
  • Menyertai mesyuarat dan perjumpaan

 

Semak dengan jelas, apakah tugas sebanar yang dijangkakan daripada kita. Ini membolehkan kita dapat menjalankan tugas dengan baik serta memberikan  hasil yang menepati kehendak institusi dan keperluan pengembangan kerjaya.

SOURCE: www.123rf.com
SOURCE: www.123rf.com

Sekiranya tidak menerima penjelasan, berhubunglah dengan bahagian berkenaan dan dapatkan keterangan serta maklumat lanjut.

 

Apakah saudara dan saudari tidak pernah diberikan senarai tugas, ‘job scope’ dan orientasi di tempat kerja?

Apakah saudara dan saudari bekerja dengan organisasi dan orag yang betul?

MEMAHAMI PRINSIP BEKERJAYA (2)

TENTUKAN KELULUSAN YANG DIPERLUKAN

 

Setiap kerjaya yang kita ceburi dalam mana-mana industri sekalipun mempunyai keperluan asas yang digariskan secara am. Seperti juga keperluan seorang guru tadika.

Kelulusan yang diperlukan juga melibatkan beberapa bahagian perundangan lain termasuklah akta syarikat, akta pendidikan, akta sumber manusia dan akta perlindungan kanak-kanak.

Semua ini bergantung kepada industri, dan sekarang kita memfokuskan kepada industri pendidikan dalam kategori pendidikan awal kanak-kanak.

 

APAKAH KELULUSAN ASAS YANG DIPERLUKAN?

 

Ia bergantung kepada jawatan yang ditawarkan atau dipilih.

Untuk jawatan Guru Tadika, biasanya minima kelulusan ialah Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Walau bagaimanapun mereka juga menitikberatkan beberapa aspek serta kemahiran tambahan. Ini bergantung kepada insitusi dan syarikat pengurusan yang berkenaan.

.

min kelas 2

 

Saya tidak mempunyai kelulusan profesional dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Bagaimana?
Antara variasi kelulusan yang biasa digunakan ialah:

+ Minima kelulusan SPM
+ Diploma dan ijazah dalam bidang lain boleh dipertimbangkan
+ Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik
+ Mempunyai pengalaman mengajar minima 12 bulan.

 

Namun, dari segi keperluan industri sebenar, Guru Tadika yang tidak memenuhi kelulusan minima, masih mempunyai peluang untuk menaiktaraf kelulusan dan meningkatkan kemahiran dalam semua bidang yang berkaitan.

 

Sebaiknya, semak terlebih dahulu, apakah keperluan KELULUSAN yang khusus dalam sebarang kerjaya yang kita mahu ceburi.

.

MEMAHAMI PRINSIP BEKERJAYA (1)

PILIH PENDEKATAN MENYELURUH

Tiada sebarang jaminan atau cara khusus untuk membolehkan kita berjaya dalam apa juga kerjaya yang kita pilih.

Hakikatnya, ia banyak bergantung kepada organisasi mana yang kita bekerja, dengan siapa dan untuk siapa kita bekerja.

Kejayaan dalam kerjaya juga tidak bersifat individu dan dalam banyak perkara melibatkan tugas dan kerja dalam kumpulan.

Sesebuah kumpulan itu pula tidak semestinya melibatkan indivdu dalam satu unit sahaja, malah adakalanya melibatkan banyak individu lain dari unit lain, atau syarikat lain.

Kejayaan kita dalam kerjaya juga bergantung kepada faktor diri dan kemahiran yang kita ada sejajar dengan keperluan syarikat dan industri.

Meskipun tugas sebagai seorang guru tadika tidak dilihat segah mana, namun hakikat cabaran dalam kerjaya masih tetap sama.

Semakin kita bersedia dan menerima hakikat ini, semakin dekatlah kita dengan jalan untuk melihat peluang dan mencipta peluang untuk diri sendiri.

 

Dengan siapakah kita bekerja sekarang?

Apakah kumpulan ini membolehkan kita mencapai impian dalam perkembangan kerjaya kita sebagai guru tadika?

Apakah kita mempunyai impian dan pelan perkembangan kerjaya?

..

TYPE OF BOOKS

There are many types of books available in the market, which we can choose for our children.

 

Depending on the age and location of the usage, books will be chosen accordingly.

IMG-20131107-01918

At home, we normally have smaller group of children and sometime, only one child at a time.

Normally, books which parents choose for their children are books which can be read to and with them.

 

However, many of us still need to know more on the differences of these books to maximise its usage at home.

In classroom setting, we will have more children at a time.

 

There are basically 2 types of books:

[1] Book to be read to and with children

[2] Book to be read by children

.