Menerima Keadaan dan Berubah.

Semasa saya berada di sekolah rendah, saya terpilih untuk bermain bola jaring untuk sekolah. Ya, saya hanya cukup bagus dalam permainan dan dipilih menjadi pemain simpanan.

Pada peringkat awal, saya hairan. Mengapakah saya tidak dipilih untuk jadi pemain tetap pada mana-mana posisi?

Pada tempoh latihan bermain, saya banyak diberikan tugas tambahan. Ini termasuklah memastikan bola ada, semua orang berkumpul, sesi memanaskan badan berjalan dan seumpamanya.

Pada kebanyakan masa saya akan diminta bermain dalam semua posisi.

Antara bahagian pertahanan dan bahagian serangan, bahagian pertahanan sering diberikan kepada saya.

Waktu itu, saya tidak banyak bertanya. Namun, saya masih terfikir hingga ke hari ini. Apakah yang membuatkan jurulatih pada masa itu meletakkan saya dalam kedudukan sedemikian?

Semasa latihan, apabila jurulatih tidak berpuas hati dengan mana-mana babak latihan permainan, beliau akan memasukkan saya dalam permainan.

Saya lihat, beliau biasanya akan memasukkan saya pada bahagian yang beliau tidak puas hati akan pencapaiannya. Kemudian, beliau akan minta pemain tetap itu, tiru macam saya.

Saya masih ingat lagi betapa penat dan adakalanya bosan, apabila menjadi pemain simpanan.

Saya tidak dapat melakukan satu-satu perkara yang saya suka, tetapi saya perlu lakukan semuanya.

Saya tidak dapat menunjukkan kebolehan yang membolehkan saya menjadi ‘jaguh’ dalam mana-mana permainan.

Tetapi, saya masih terus bersama kumpulan pemain dan terus bermain meskipun dalam situasi yang sebenarnya saya sendiri tidak faham.

IMG-20120127-00489

Saya ikut sahaja apa yang jurulatih saya arahkan. Meskipun saya tidak menjadi pemain kebangsaan dan terkenal dalam sukan bola jaring, saya belajar banyak perkara:

[1] Apabila asyik memikirkan kenapa sesuatu perkara berlaku, saya lupa meraikan kejayaan dan sumbangan saya.

[2] Saya diajar banyak posisi bermain. Mempercayai apa yang jurulatih arahkan merupakan asas kepada pembelajaran.

Tetapi, apa gunanya seandainya saya masih ragu dan tidak yakin?

[3] Saya lupa untuk berbincang dan bercakap-cakap dengan pemain lain, malah dengan jurulatih saya itu.

Mungkin, saya boleh mencapai sesuatu, sekiranya saya berkongsi tentang apa yang saya fikir dan mahu tahu.

Saya melihat situasi ini agak serupa dengan situasi dalam organisasi bisnes semasa.

Ini adalah atas dasar yang sama, saya juga banyak melakukan pelbagai perkara dan berubah-ubah dalam satu tempoh yang tidak lama dalam bidang yang baru saya mulakan.

Ini berlaku bukan sahaja dalam kumpulan bisnes. Adakalanya dalam pelbagai situasi. Saya pernah cuba melakukan bebeapa perkara secara sendirian. Namun, ianya tidak memberikan jalan seperti yang dimahukan.

Maka saya faham bahawa kita mesti percaya dengan pilihan yang kita buat. Maka, kita juga meneruskan dan menjalankan apa yang kita pilih.

Banyak mempersoalkan, bersikap tidak terbuka serta lokek berkongsi hanya menyempitkan peluang sedia ada.

Jadi, teruskanlah dengan kerjasama dalam kumpulan. Perbincangan, lontaran idea, pertukaran serta perkongsian tugas dan kerja bakal menjadi sebahagian daripada rutin kita.

Kongsikan apa yang baik dan cara mengubahnya menjadi lebih baik. SOP dan sistem yang ada, kita gunakan. Baiki mana yang perlu. Tambah mana yang belum ada.

Kita jadikan perubahan mengikut keperluan ini, sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Ia sentiasa memberikan kita cabaran baru, gaya baru.

Saya yakin, kita semua akan berjaya melepasi banyak lagi fasa bisnes dan juga apa yang kita ceburi secara bersama sehingga mencapai tujuan dan sasaran kita.

Yang berguna, usah dibuang.

Semasa sedang mengemaskan ruang simpanan buku-buku dan koleksi nota simpanan saya di rumah, anak-anak saya juga turut sama.

Mereka duduk sambil bertanya tentang setiap satu bahan yang saya susun dengan kemas.

Tiba-tiba, salah seorang anak saya bertanya. “Mak, kenapa beli semua buku ini? Bukannya dibaca setiap hari pun!”

Saya terdiam. Ya. Memang benar. Adakalanya ada buku yang dibeli, hanya dibaca sekali dan kemudiannya disimpan semula.

“Emmm…ada buku yang dibeli untuk bacaan. Kemudian, ianya disimpan untuk rujukan.” jawab saya.

 

gambar aanak-anak

 

Kemudian, satu hari semasa mengemas ruang belajar anak-anak, saya mengumpulkan beberapa kertas dan bahan yang saya lihat tidak lagi boleh digunakan.

Kemudian, anak saya datang dan berkata.
“Mak, kertas- kertas ini semua saya nak simpan untuk rujukan. Usah dibuang.”

Saya tersenyum. Ya, meskipun ada perkara yang dilihat tidak berguna dan tidak perlu pada pandangan kita, ia mungkin diperlukan dan membawa makna bagi orang lain.

 

Source: http://chelleszone.blogspot.com
Source: http://chelleszone.blogspot.com

 

Sama juga dengan cara kita menguruskan susunan bahan dan buku rujukan di ruang kita bekerja.

Apabila bekerja dalam kumpulan, ada perkara dan bahan yang mungkin tidak kita perlukan tetapi memberi manfaat dan menjadi keperluan kepada orang lain.
Kuncinya, cara penyusunan dan pengemaskinian yang berkala serta cara kita berkomunikasi antara satu sama lain.

Ini adalah pilihan kita.

Apa pula yang kita pilih hari ini?
.

NOTA GURU TADIKA : SENTIASA MELEBIHI DARIPADA LARAS MINIMA

Menjadi seorang guru merupakan satu keputusan yang tidak semua orang mampu lakukan. Guru itu, mempunyai tugas dan keperluan yang khusus bagi mencapai objektif kerjayanya.

 

Pada masa yang sama guru tadika khususnya, mempunyai nilai dan falsafah diri yang perlu diseimbangdan diselaraskan dengan keperluan kerja, rakan sekerja dan organisasi kerja. Perkara yang dilihat mudah pada masa kasar, sebenarnya memerlukan kebijaksanaan yang tinggi untuk menyempurnakannya dengan berjaya.

 

Apabila berada dalam sati institusi dan situasi kerja, perlu dilihat apakah laras minima yang sudah ditetapkan. Biasanya ini akan melibatkan beberapa perkara asas yang amnya seperti berikut:

 

  1. Pengajaran dan pembelajaran : Menjalankan sesi pembelajaran
  • Memulakan kelas
  • Pengajaran komponen / subjek
  • Program bacaan bahasa (Inggeris, Bahasa)
  • Aktiviti seni, kraf, bercerita
  1. Tugas am dan rutin harian
  • Menyambut kehadiran murid
  • Perhimpunan pagi
  • Menyemak rekod komunikasi
  • Menyemak rekod kehadiran murid
  • Kebersihan ruang pembelajaran dan ruan umum
  • Menyemak hasil kerja dan tugas murid

 

  1. Penyediaan dan Kajian
  • Menyediakan bahan / alat bantu mengajar
  • Menyediakan rancangan pengajaran harian
  • Menghadiri kelas latihan guru
  • Menyusun aktiviti mingguan

 

  1. Aktiviti / Tugas lain
  • Menyediakan laporan bulanan / tahunan murid
  • Terlibat dalam persediaan acara tahunan tadika (sukan, persembahan, konvokesyen, lawatan)

 

Perkara yang sudah disebutkan diatas merupakan laras minima yang secara amnya dikehendaki dan diperlukan daripada seorang guru tadika yang bertugas.

 

Berdasarkan yang diatas, ada beberapa perkara lain yang boleh dilakukan supaya seorang guru berada pada tahap melebihi daripada garis minima.
Apakah yang membolehkan guru tadika berada lebih daripada paras minima dalam menyelesaikan tugas yang disasarkan?

  1. Pengajaran dan pembelajaran
  • Bersedia denga aktiviti sebelum dam selepas pembelajaran
  • Menjalankan pemerhatian berterusan
  • Mengekalkan rekod pencapaian anak-anak secara objektif
  • Menyediakan aktiviti tambahan untuk murid yang memeerlukan bantun dan yang lebih ‘advance’
  • Memberikan laporan semasa dan perbincangan tentang perkembangan anak-anak dengan rakan sekerja dan ‘supervisor’

 

  1. Tugas am
  • Memberikan laporan an maklumbalas tentang perkara yang melibatkan keselamatan dan kepelruan semasa anak-anak
  • Menghantar laporan tepat pada msanya
  • Berbincang dengan ‘supervisor’ akan rekod komunikasi dan prestasi kedatangan anak-anak

 

  1. Penyediaan dan Kajian

 

  • Sentiasa membaca bahan-bahan terkini dalam isu pendidikan dan berkongsi pengetahuan
  • Boleh memberikan pandangan dan nasihat apabila diminta
  • Menyediakan bahan pembelajaran yang boleh dimanfaatkan bersama
  • Gemar menghadiri kelas latihan, jika tiada, hadir ke program luar yang sesuai
  • Penyediaan rancangan pengajaran harian dihantar untuk semakan awal
  • Menyediakan semua contoh dan panduan aktiviti untuk rujukan
  • Menyediakan ruan ‘display’ semua hasil kerja anak-anak dengan susunan dan kemaskini yang menarik di dalam kelas

 

  1. Aktiviti / Tugas lain
  • Sentiasa memberikan maklumbalas berterusan mengenai pencapaian anak-anak yang dibawah paras minima dan yang melangkaui paras biasa.
  • Suka berbincang dan mendapatkan panduan dan cara baru dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran dengan rakan sekerja
  • Melakukan dan terlibat dalam aktiviti lain dengan mudah.
  • Sentiasa terbuka untuk berbincang dan berunding.
  • Boleh mengemukakan cadangan dan idea solusi untuk apa-apa situasi yang berkaitan
  • Boleh berkomunikasi dengan baik bersama ibu bapa dalam menyampaikan maklumat.

.

 

Mampu mencapai lebih daripada laras minima dalam menyempurnakan tugas sebagai guru tadika bermakna kita boleh menguasai kemahiran-kemahiran baru.

Ini merupakan kunci kepada perubahan kerjaya bagi sesiapa yang berada dalam industri pendidikan kanak-kanak.

.

KERJAYA GURU TADIKA: MEMAHAMI ISU KOMUNIKASI

Dalam sebarang bidang yang kita ceburi, kerjaya kita dapat hidup lama dengan cara dan gaya kita berkomunikasi.

Ada banyak situasi yang memerlukan kita menggunakan cara yang betul dan memilih gaya yang tetap semasa berkomunikasi.

Sebagai guru tadika kita berkomunikasi dengan banyak pihak:

+ Anak-anak

+ Ibu bapa

+ Rakan sekerja

+ Tim pengurusan tadika

 

sesi penerangan

 

Berkomunikasi dengan jelas memerlukan kita:

1. Menggunakan bahasa yang mudah difahami mengikut peringkat dan tahap pendengar.

2. Mempunyai kemahiran  mendengar.

3. Mendapatkan pengesahan bertulis apabila melibatkan hal pengurusan.

4. Menghadiri sesi rundingan dan konsultasi apabila perlu.

5. Bertanya untuk mendapatkan kepastian.

6. Memilih cara berkomunikasi dengan selamat. Sama ada verbal bertemu muka, bertulis, atau secara maya sahaja.

7. Berfikir sebelum bercakap.

8. Memerhatikan respon dan tindakbalas.

 

Cara dan gaya kita bercakap dirumah tidak relevan untuk digunakan apabila berada di tempat kerja.

.

NOTA TENTANG KERJA

Apa juga kerja yang kita pilih, ia merupakan satu pilihan. Tidak ada sesiapa yang berhak menidakkan hak kita untuk membuat pilihan.

Kita pula, mestilah mahukan yang baik sahaja.

Jadi pilihan juga merupakan pilihan terbaik yang kita boleh lakukan pada masa itu.

Pada tahun 2003, saya juga memilih bekerja dan pada masa yang sama menjadi seorang isteri yang dikaitkan dengan urusan keluarga. Pada masa itu, tidak ramai yang bercerita tentang bisnes (dalam persekitaran saya), atau pengalaman mereka berbisnes.

Namun, masuk tahun 2007, saya juga membuat pilihan. Untuk mula belajar membayar gaji sendiri. Ramai yang menyangka ‘exit plan’ itu hanya untuk mereka yang berbisnes sahaja.

‘Exit plan’ terpakai untuk semua situasi. Sama ada bekerja atau berbisnes.

Apabila bekerja ‘exit plan’ kita biasanya ada 3:

1. Keluar daripada situasi semasa kepada yang lebih baik (masih dalam organisasi yang sama)
2. Keluar mencari situasi baru dalam organisasi baru (berhenti kerja, lakukan perkara/kerja lain)
3. Menunggu menerima tawaran baru daripada organisasi baru

.
NOTA:

PROGRAM INI bakal berlangsung dan dijalankan oleh ABS Consulting.

.11006375_10153606563562841_7187047588142788499_n

Mengesan apa yang boleh dipuji.

Apa yang kita boleh lakukan?

Perhatikan perubahan positif anak-anak selepas melalui 2 minggu awal persekolahan. Kemudian, perhatikan perubahannya secara berkala, sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Antara 3 perkara yang boleh kita teliti secara amnya ialah perkembangan dan perubahan positif anak dari segi:

 

1. Emosi

Perkembangan emosi anak-anak ini boleh dilihat dengan lebih jauh. Bukan sekadar gembira, sedih, dan suka semata-mata.

Salah satu perkara yang penting ialah “percaya diri”. Lihat perubahan anak-anak dari segi keberanian mereka:

 

  • Berkongsi dengan kita cerita di tadika
  • Menunjukkan kepada kita bahan atau buku atau hasil kerja di tadika
  • Berkongsi lagu atau apa-apa perkataan baru atau cerita yang mereka dapat di tadika

 

Anak-anak yang emosinya diberikan ruang secara positif di tadika akan dapat melakukan 3 perkara di atas dengan mudah dan yakin apabila berada di rumah.

Ini merupakan satu lagi kejayaan yang kita harus raikan. Sama ada dengan pujian, atau dorongan lain dengan meminta mereka bercerita dan lebih berkongsi, anak-anak akan faham bahawa kita meraikan dengan memberikan persetujuan.

Perkembangan inilah yang akan menjadi asas kepada keyakinan diri untuk anak kita terus memahami dan menyertai aktiviti di tadika dengan lebih baik.

Walaubagaiamanapun, biasanya anak lelaki mempunyai tempoh perkembangan emosi yang berbeza dengan anak perempuan.

Selagi mana ianya tidak membimbangkan, dan perubahan positif sentiasa ada, kita bantulah anak kita itu melalui fasa perkembangan emosi dengan lebih baik.

“Anak yang bersedia emosinya akan dapat menerima apa juga input yang diberikan dengan baik.”

 

2. Komunikasi

Kita juga boleh memerhatikan gaya serta cara anak kita berkomunikasi. Apakah ada sebarang perubahan baik dari segi nada, gaya dan kosa kata bahasa yang digunakan?

Seandainya ya, bermakna kita sudah ada perkara yang boleh diraikan bersama.

Anak-anak kita yang mula menggunakan ayat-ayat permohonan dan meminta izin juga merupakan satu tanda kemahiran komunikasi yang bertambah.

Anak-anak kita yang mula menggunakan kata soal yang sopan dan teratus apabila bercakap juga menjadi satu kejayaan.

Apabila anak-anak kita mula faham adab dan tatacara memberi salam, mengucapkan salam, berterima kasih dan bertanya khabar kepada saudara mara, itu juga merupakan satu kejayaan.

Perubahan cara komunikasi ini ada banyak kaitannya dengan konsep “percaya diri” yang tinggi. Ini juga memberikan kesan kepada cara anak-anak membina kemahiran sosial.

 

3. Sosial

Kemahiran bersosial memerlukan masa untuk dibina. Anak-anak perlukan ruang yang kondusif dan selamat untuk belajar berkawan, menerima dan diterima oleh orang sekeliling.

Mereka juga belajar akan perbezaan budaya dan cara di tempat lain selain daripada di rumah. Cara mereka bersosial di tadika berbeza dengan cara mereka bersosial di rumah sendiri atau di rumah saudara mara.

Di tadika, anak-anak akan faham akan adanya untdang-undang dan peraturan. Adanya rutin dan jadual bersama guru sebagai ketua dan rakan-rakan yang lain untuk bermasyarakat.

Secara ringkas, anak-anak punya banyak kejayaan yang boleh kita raikan setiap hari. Ia Nampak kecil di mata kita, namun ia merupakan satu langkah awal kepada pembangunan karakter anak-anak untuk jangka masa panjang.

Ini semua adalah antara langkah awal kepada proses ‘behaviour modification’ yang berlaku secara berterusan tanpa kita sedari.

 

  • Apabila anak mula menunjukkan perubahan positif dari segi tutur kata, berikan perhatian.
  • Apabila anak mula menyanyikan lagu, beri ‘telinga’ untuk mendengar.
  • Puji tingkah lakunya dan nyatakan kesan baik hasil daripada tingkah laku itu.
  • Bagi anak-anak ini satu kejayaan. Raikannya agar mereka membina asas kepada keyakinan diri.

10301433_10152379592455502_5401507163000978961_n